Rabu, 13 Februari 2013

Tips

Secara umumnya, terdapat beberapa panduan yang perlu diambil kira jika anda berhasrat untuk membentuk ruang dapur anda:
  • Ambil kira fungsi ruang dan peralatan dapur seperti peti sejuk, sink dan ketuhar. Perancangan teliti akan memudahkan pergerakan sewaktu proses memasak dilaksanakan.
  • Pemilihan bahan binaan dapur yang cantik dan tahan lasak
  • Pastikan ruang dapur sentiasa bersih dan kemas. Jika ruang dapur tidak sempurna dan kotor akan menjejaskan semangat mereka yang ingin menggunakan ruang tersebut.
  • Sediakan jumlah soket yang secukupnya dan kedudukan soket perlu dirancang untuk kemudahan penggunaan.
  • Kaedah penyimpanan barangan perlu dititik beratkan. Simpanlah barangan yang tidak mempengaruhi keindahan di tempat tersorok dan barang-barang yang menarik dipamerkan.
Selain itu, terdapat juga aspek-aspek khas yang perlu diambil kira jika anda berhasrat menempatkan kabinet di ruang dapur anda.

1.   Bajet
  • Bajet adalah perkara yang perlu dijadikan kayu pengukur utama kerana ia menentukan pilihan termasuk mendapatkan kualiti kabinet dapur setanding harganya.
  • Anda disaran membahagikan bajet kepada beberapa kategori iaitu bajet untuk kabinet, sinki, kepala paip, aksesori kabinet, permukaan kaunter, hud, dapur memasak, ketuhar dan peralatan dapur lain yang difikirkan sesuai. 
  • Ini bagi memudahkan pereka kabinet untuk menentukan jenis material yang benar-benar sesuai dengan bajet anda. 

2.  Konsep
  • Anda sendiri perlu mengetahui sepenuhnya konsep pilihan bagi mengelak kekeliruan. 
  • Jika memilih konsep klasik, bahan berasaskan kayu perlu dipertimbangkan. 
  • Tapi bagi yang gemarkan konsep moden, pilihan keluli tahan karat antara alternatif. 
  • Banyakkan bacaan dan melayari laman web hiasan dalaman untuk menimba ilmu dekorasi. 
  • Sesudah membuat pilihan, nyatakan konsep dan tunjukkan contoh dapur idaman jika ada kepada pereka kabinet. 
Situasi itu boleh membantu anda membuat pilihan material yang tidak bercanggah dengan konsep dekorasi impian anda.


3.  Cara kerja dan aktiviti keluarga
  • Bagi anda yang bujang tentunya inginkan kabinet dapur berbeza dengan pemilik kediaman sudah berkeluarga. 
  • Jika mempunyai anak kecil dan warga tua, ruang yang praktikal dan tidak mendatangkan kecederaan amat penting. 

4.  Saiz dapur
  • Bentuk yang biasa dicadangkan untuk keperluan kediaman jenis banglo, teres, apartmen adalah I, L dan U. 
  • Jika gemar mencuba kelainan, serlahkan idea kreatif dengan mewujudkan bentuk berbeza. 
  • Bagaimanapun, pastikan setiap bentuk itu sesuai dengan saiz dapur dan keselesaan anda seisi keluarga. 

5.  Kenal pasti masalah
  • Keperluan dan cita rasa setiap individu tidak sama begitu juga dengan pilihan kabinet dapur. 
  • Bagi yang mempunyai masalah ruang penyimpanan tentunya memerlukan kabinet dapur lebih besar. 
  • Penggunaan kabinet laci tarik memudahkan pencarian perkakas dapur ketika aktiviti memasak. 
  • Jika sebelum ini anda sudah pun memasang kabinet dapur dan berdepan dengan pelbagai masalah, cuba berbincang dengan pereka kabinet. 
  • Ia bagi menentukan kabinet dapur yang mampu mengatasi masalah anda itu. 

6.  Ketahanan material
  • Antara bahan yang boleh dijadikan pilihan ialah melamine, kayu nyatoh dan kayu padu. 
  • Sementara pintu kabinet yang popular ialah jenis kayu padu dan sintetik. 
  • Namun, ketahanan setiap material itu juga bergantung kepada cara anda menggunakannya. 
  • Material kabinet bagi yang mempunyai bajet besar pastinya berbeza dengan saiz bajet ekonomi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan